Monday, 1 August 2016

PART 3


( 7 ) APAKAH PENGECUALIAN UTAMA YANG TERDAPAT DI DALAM POLISI INI?
  • kerugian oleh sebab kecurian semasa atau selepas berlakunya kebakaran. 
  • kerugian atau kerosakan kepada harta yang disebabkan oleh penapaian, kepanasan semula jadi atau pembakaran spontan (kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selaras dengan Pengecualian 2(f) atau melalui proses menjalani pemanasan atau pengeringan. 
  • kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat pembakaran harta melalui perintah mana-mana pihak berkuasa awam. 
  • kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada kebakaran bawah tanah.
  • sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba, sama ada tidak disengajakan atau sebaliknya, dan pemugaran tanah secara pembakaran. 
  • gempa bumi, letupan gunung berapi atau atau gegaran alam yang lain. 
  • taufan, hurikan, puting beliung, silkon atau gangguan atmosfera lain.
  • peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi ketenteraan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara. 
  • dahagi, rusuhan, ketenteraan atau kebangkitan awam, insureksi, pemberontakan, revolusi, ketenteraan atau rampasam kuasa, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau sebarang peristiwa atau sebab di mana untuk menentukan atau pembaikan terhadap pasukan ketenteraan atau operasi ketenteraan di sesebuah kawasan. 
  • sebarang kegiatan keganasan.
Nota: Senarai ini bukannya senarai yang lengkap. Sila rujuk sampel kontrak polisi untuk senarai penuh bagi pengecualian di bawah polisi ini. 

( 8 ) BOLEHKAH SAYA MEMBATALKAN POLISI INI ?

Anda boleh batalkan polisi ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami pada bila-bila masa. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan premium berdasarkan tempoh insurans yang belum luput. 

( 9 ) APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERDAPAT PERUBAHAN                   BUTIRAN PERIBADI SAYA ?

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada pihak kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya

ITU SAHAJA DARI SAYA TENTANG SEBERAPA SEDIKIT TENTANG INSURANS KEBAKARAN. SAYA MUHAMMAD  FAIZ WAFY BIN ZUNAIDY . PELAJAR DARI KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK .SEKIAN TERIMA KASIH .

# SELAMAT MENONTON :) 



No comments:

Post a Comment