Saturday, 23 July 2016

Mari Mengenali Apakah Itu Insurans Kebakaran - wafy

FIRE INSURANS / INSURANS KEBAKARAN 


CONTOH GAMBAR FIRE INSURANS :




( 1 ) DEFINASI INSURANS KEBAKARAN :

POLISI INI MELINDUNGI HARTA ANDA (BANGUNAN DAN/ATAU KANDUNGAN) TERHADAP KERUGIAN ATAU KEROSAKAN AKIBAT KEBAKARAN & KILAT.

( 2 ) APAKAH KONSEP SHARIAH YANG DIGUNAPAKAI BAGI PRODUK INI?

  • Tabarru’ - bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukan ke dalam Dana Risiko. 
  • Wakalah - bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Takaful Peserta di mana Takaful Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah. 

( 3 ) APAKAH PERLINDUNGAN/MANFAAT YANG DITAWARKAN ?

Polisi Kebakaran yang standard melindungi:  

Kebakaran, kilat dan letupan disebabkan oleh gas yang digunakan untuk kegunaan kediaman persendirian sahaja. 

Anda boleh memperluaskan polisi ini untuk melindungi bahaya (peril) khas seperti berikut dengan bayaran premium tambahan . Perlindungan anda dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh
  •  pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barang yang terjatuh daripadanya
  •  gempa bumi dan letupan gunung berapi
  •  hurikan, siklon, taufan dan ribut angin
  •  banjir (termasuk limpahan air laut)
  •  letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat  penjimatan, atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan  atau kandungannya akibat  daripada letupannya
  •  hentaman oleh mana-mana kenderaan jalan raya dan haiwan, yang bukan milik atau  di bawah   kawalan Peserta Takaful, atau mana-mana anggota keluarga, atau sesiapa  yang berkhidmat dengan dan untuk Peserta Takaful
  •  pecahan atau limpahan tangki air, peralatan dan paip yang dipasang di dalam atau ke  atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi
  •  kebakaran belukar/lalang
  •  tanah jerlus dan/atau timbunan tanah di tapak bangunan didirikan atau tanah  kepunyaannya,atau tanah runtuh
  •  kebakaran yang hanya disebabkan oleh penapaian, pemanasan, atau pembakaran  secara spontan olehnya sendiri
  •  rusuhan, mogok dan perbuatan berniat jahat
  •  pokok tumbang atau dahan dan objek jatuh daripadanya

NOTA  :  Sila rujuk kepada Sijil Anda untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan terma-terma spesifik yang berkaitan dengan manfaat yang dinyatakan di atas. 

TEMPOH PERLINDUNGAN  ialah selama satu (1) tahun. Dengan itu, anda dikehendaki membaharui Sijil anda setiap tahun.



No comments:

Post a Comment