( 4 ) BERAPAKAH JUMLAH SUMBANGAN TAKAFUL YANG PERLU DIBAYAR ?
- Premium yang anda perlu bayar bergantung kepada pekerjaan atau perdagangan, jumlah diinsuranskan, jenis pembinaan bangunan tersebut berasaskan Takrif Kebakaran Semakan.
- Premium minimum yang dikenakan untuk polisi ini adalah RM75.00 setelah ditolak mana-mana diskaun yang dibenarkan oleh Tarif Kebakaran selain daripada diskaun untuk komisen atau yuran broker.
Jumlah Sumbangan yang anda perlu bayar adalah berpandukan kepada kadar takrif, Jumlah Dilindungi yang dipilih, klasifikasi pekerjaan/perniagaan dan klasifikasi bangunan:
CONTOH
Perlindungan Kebakaran (bangunan) – Satu unit rumah kedai, keseluruhan dibina dari konkrit/batu-bata dan digunakan sebagai kedai minuman dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM100,000
Kadar yang digunakan (untuk rumah kedai, keseluruhan dibina) adalah :
= 0.161% (dari konkrit/batu-bata)
Maka, anggaran Sumbangan yang anda perlu bayar adalah:
= 100,000 x 0.161%
= RM161.00
( 5 ) APAKAH YURAN DAN CAJ YANG PERLU DIBAYAR ?
BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN DISAMPING JUMLAH SUMBANGAN TAKAFUL
| |
. Cukai Barangan / Perkhidmatan
( CBP )
|
6% dari sumbangan takaful
|
Duti Setem
|
Rm 10.00
|
BAYARAN YANG TERMASUK DALAM PREMIUM JUMLAH
| |
Komisyen Dibayar Kepada
Ejen Insurans
|
15% daripada premium
|
BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN JIKA ANDA MEMBATALKAN SIJIL INI
| |
Yuran Pembatalan
|
Rm 10.00
|
( 6 ) APAKAH TERMA DAN SYARAT YANG HARUS SAYA DIKETAHUI ?
- Kewajipan Pendedahan: Ia adalah tugas anda untuk mendedahkan kepada MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (“Syarikat”) sesuatu perkara yang
(a) anda tahu sebagai berkaitan kepada keputusan Syarikat sama ada untuk menerima atau tidak risiko dan kadar dan terma yang hendak dipakai .
(b) seorang yang munasabah dalam hal keadaan itu boleh dijangka untuk
tahu sebagai berkaitan. Kewajipan pendedahan anda hendaklah berterusan
sehingga ke masa kontrak insurans itu dibuat, diubah atau diperbaharui .
Di mana anda membeli insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, kewajipan pendedahan di atas tidak akan terpakai. Sebaliknya, anda mesti mengambil penjagaan munasabah untuk tidak salah nyata semasa menjawab soalan di dalam borang cadangan atau di dalam apa-apa permintaan yang dibuat oleh Syarikat dan memeriksa maklumat yang anda berikan adalah lengkap dan tepat. Anda juga perlu mendedahkan semua maklumat yang relevan yang boleh mempengaruhi Syarikat bagi penerimaan insurans ini, memutuskan terma dan premium yang anda akan bayar. Jika anda tidak mengambil penjagaan munasabah dan maklumat yang diberikan oleh anda adalah tidak lengkap atau tidak tepat, ini boleh menjejaskan tuntutan anda. Tanggungjawab anda untuk menyediakan maklumat lengkap dan tepat apabila diminta oleh Syarikat hendaklah berterusan sehingga ke masa insurans itu dibuat oleh anda, membuat perubahan kepada atau memperbaharui insurans anda.
- Dasar pembayaran ganti rugi untuk kerugian/kerosakan terhadap harta benda:
NILAI PASARAN
|
ia akan membayar nilai harta diinsuranskan pada masa kerosakan atau kerugian setelah ditolak elaun untuk kehausan dan kelusuhan dan/atau susut nilai dan tertakluk kepada pemotongan mana-mana lebihan dan amaun yang wajib ditanggung anda di bawah polisi ini.
|
NILAI PENGGANTIAN
( BARU ATAU LAMA )
|
ia akan membayar kos penuh untuk membaiki bangunan yang rosak tanpa sebarang pemotongan dibuat ke atas kehausan, kelusuhan atau susut nilai, dengan syarat jumlah diinsuranskan adalah mencukupi untuk menampung jumlah kos untuk mengembalikan bangunan tersebut
|
- Lebihan, sebagai amaun yang harus ditanggung anda sendiri sebelum anda dibayar balik. Ia diguna pakai untuk peril tertentu, contohnya tuntutan bagi tangki, perkakas atau paip air pecah atau melimpah, ribut angin dan banjir.
